Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

luangkan masa sket utk vote

Khamis, 30 Jun 2011

Siapa Tegur

INI ADALAH STICKY POST. NAK BACA ENTRI TERBARU, SILA SCROLL KE BAWAH YA!


UNTUK MAKLUMAN: TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH  PADA 01/07/2011 (RABU)


Dulu masa umo 15 tahun, time bercinta memanglah bergayut sepanjang masa dengan phone. pagi petang siang malam, tengah malam sampai lah ke tengah pagi-pagi berembun.. (maklumlah, boifren dulu pandai curi line public phone. hehe)

Malam tu sunyi. mak ayah ajak singgah rumah tok. time tu arwah tok ade lagi. saje singgah malam-malam nak tanya kabar.

umah tok aku ni tepi sungai. kalau orang Alor Setar Kedah, memang tau, Sungai Pumpong kat mane. Dulu sungai ni memang cantik. siap orang perbandaran pasang rumput yang menghijau sederet depan umah tok. memang kalau bukak kasut, guling-guling sedap lah. cam dok atas karpet. ada pokok kelapa yang merendang tu. sayup-sayup je desiran angin sungai malam tu. Tenang je rase. Jam menunjukkan tepat 9.25malam. Suasana samar-samar di balik cahaya lampu jalan berwarna oren. Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang atas jambatan penghubung Jalan Sultanah maseh lagi boleh didengar.

Mak ayah lambat lagi nak balik. roje boifren suh kol. 'Tretttt...treetttt.. (dulu pakai handphone Sony Ericcson yg lipat. kira dasat lah time nih. dah ade handphone) argh.. amik angin lah.. berborak kat luar. sambil bukak kasut. dan bersila atas rumput yang serasa karpet itu. mengadap pula sungai yang setenang air di kali itu. dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. memang nyaman!

sedutan phone: 

hai awak...

awak rindu saye? rindu! buat ape neh?

"oi! sorang-sorang cakap depan sungai tu, ang tak takut hantu ke? ada hantu atas pokok nyiok tu!!" sambil kayuh basikal laju-laju, suara Bakri yang kuat memecahkan kerinduan yg melampau antara aku dan dia.cis. *nyiok=kelapa

dengan lancangnya mulut ni, laju je cakap:

"mana ada hantu! sibuk je! elleeehhh" kunun aku anak jati Kampung Seberang Pumpong. so, tak takut.

"hello awak? sibuk je member saye tu. dah la cakap kuat-kuat."

--kreeeetttt... fuuuu kreeettt.. treeeetttttt--

"awak? awak?"
--kreeeetttt... fuuuu kreeettt.. treeeetttttt-- (bunyi macam shortcurrent) selang seli dengan bunyi gelak hilai perempuan. terus terputus line.

pergh!! shyuuuuuuu~~~ mendayu sederun je angin kat aku..

errrrr.... okkkk... teng0ok kiri kanan, clear, caaaabuuuttt! (sambil amik kasut dalam keadaan slow motion..)

sampai di perkarangan rumah tok dengan tak rasa tanah pon time lari tu. kol balik boifren.

"awak, dengar tak tadi ape?" aku tanye die.
"awak, nape saye cakap tadik awak diam? pastu bunyi macam katak panggil hujan" die cakap.
wat the fas? getus hati aku. aku kate lah: "saye dengar macam suara perempuan gelak lah, awak." 
"series? awak kat mana bersembang ngan saye tadi?"
"tepi sungai umah tok saye" huwaaa.. aku takut!
"tu lah!" blaaa.. blaaa.. die beleter
"ok lah. nak ajak mak balik. takut! bye!"

esoknya datang umah tok, nak tengok keadaan tempat aku bersembang semalam pon dah takut. tepi rumah tok, ada buat kedai runcit kecilan, Bakri singgah kedai petang tu, "wei, hang apa  la takutkan aku? takut tau!". die sambil muka blurrr, kerut dahi h"eh? apa?" terus blah dengan muka selambanya. arghhhh sudah... sape tegur aku semalam? waaaaaaaaaaaaaaa


for ur info, Bakri ialah kawan sesekolah aku. die paling diam. dan tak suka bercakap sangat dengan perempuan. tambah nak jerit2 cam semalam. bukan ciri-ciri die lah. dan die jarang sekali tegur aku! juz senyum je.

Rumah tok aku tepi Sungai Pumpong, dekat hospital Besar Alor Setar, tau? ok. dari HBAS tu, nak ke Shahab Perdana, kena lalu 1 jambatan ni kan? rumah beliau, ialah rumah pertama tepi sungai. warna puteh. sebelah kiri dari jambatan tu.

huwaaaaa..... siapa tegur?




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku teringin nak dengar cerita seram atau misteri korang. kalau ade cite menarik, silakan kongsi. bukan sekadar kongsi. pemenang jugak boleh dapat hadiah baju. 
maklumlah aku kan tokei baju kurung siap dan baju pengantin.

jadi syarat mutlak dan utama:
1. mesti mengikuti blog jualan aku ini: http://redribensales.blogspot.com/ WAJIB!
dan blog ini tak di follow tak ape: http://r3dr1b3n.blogspot.com 
tgk dari jauh or silent reader pon dah seksi.. auww
2. Karangan dan tulisan hendaklah dalam bahasa melayu dan senang difahami.
3. Tajuk mestilah SIAPA TEGUR dan karangan mestilah berkait rapat dengan tajuk *cerita hendaklah seram dan asli. maksudnya dari pengalaman sendiri, kawan-kawan, atau sedara-mara.
3. sila maklumkan pada aku tentang post karangan/cerita anda di ruangan komen ini.
4. kau mestilah letakkan link entry post aku ini dalam entri korang *utk pemberitahuan followers anda jua. hee
5. dan sila request baju apa kah yang anda inginkan ya dan SAVE GAMBAR TERSEBUT DAN TAMPALKAN PADA ENTRI ANDA 


*sebenarnya aku nak let go je baju aku neh. jadi kalau korang berminat. nak pakai sendiri atau nak bagi anak bini/mak/kakak/adik korang pon tak de hal. cumenye aku nak korang sapot duit pos je lah. buleh? berminat tak? hahaha. 

yg besnya, korang buleh je pilih baju mana yang korang berkenan. 

kalau untuk bakal pengantin/ pemborong baju pengantin, boleh rekues baju pengantin
(harga RM 200/sepasang tau tak?)
bagi yang muda mudi, leh je kalau nak rekues baju kurung tu.(baju tu harga RM 110 tau tak?) huuuu
dan, dan.. blouse tu harganya RM28 sahaja tau.. huhu

jadi, kalau nak menang atau nak dapatkan hadiah ini, silakan lah tulis karangan yang baik dan menyeramkan deria seraman aku ini. huhu.  


owh, bagi yang tidak mempunyai blog, boleh je hantar karangan tersebut ke emel aku: wanie.redriben@gmailcom. dan penghantaran hadiah baju tersebut ialah RM 10 Tetap
*ok lah kot kan, dari kau beli harga baju RM 110 lebih, kau untung RM 100. kan? huhu.
setiap penyertaan beroleh 1 hadiah sahaja ya! * lagi banyak penyertaan, lagi boleh byk baju. (^_^)
Penyertaan di tutup: Bila-bila masa dari sekarang. tgk pada byk penyertaan.


nak tahu hadiah? 
boleh jugak ke link ini : http://redribensales.blogspot.com/p/ready-stok-baju-kurung-dan-baju-kebaya.html FOR MORE DETAIL SUCH AS UKURAN BAJU.


Baju Kurung Pahang 
RM 110

Warna Biru 
saiz S (38)




Baju Kurung Pahang 
RM 100 

Warna Hitam
Saiz XXL (46)



Blouse Labuh

Warna Merah dan Blue Black 
RM 28.00 sahaja




Baju Kebaya Pengantin
RM 200

Warna Kuning 
Saiz L
 

RM 200
Warna Biru
Saiz M



hanya saiz dan warna ini sahaja yang ada. no demanding. 
HAHA.




-sekian-

9 RedRiben:

  1. dah join..first contestant..yehaaa..

    http://somebody-some1.blogspot.com/2011/04/siapa-tegurga-from-cik-wanie.html

    BalasPadam
  2. sis, amor join...

    http://dyahahaslittlecottage.blogspot.com/2011/04/siapa-tegur.html

    nak menang kurung pahang saiz XXL HITAM tu sebab yang biru tu kecik sgt utk den! haha..siap demand hokeyh! dtg cek k...

    BalasPadam
  3. uish~ meremang bulu roma ... da la dok sowng2 ni, huhU~

    BalasPadam
  4. dyahaha: tq for joining this :)
    pink velvet: silakan lah join kontest ini. bgi lagi seram. huhu

    BalasPadam
  5. peh! hadiah hebat. mnti aku pikir masak2 dulu...
    aku nih bukan reti taip cerita. grrr~

    BalasPadam
  6. aisha: silakan lah join.. maklumkan kat kengkawan ya!

    BalasPadam
  7. http://yourangel-eyz.blogspot.com/2011/05/siapa-tegur.html

    BalasPadam
  8. salam, bila tarikh tutup and result ya?

    BalasPadam

komen anda sangat berguna utk saya. Tengs!

Related Posts with Thumbnails